Berita Ekonomi
Tengku Zafrul dijadual bertemu CEO Microsoft
![image](https://imgs.mediatelus.com/zafrul3.jpg)
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Satya Nadella dalam merangka strategi menjadikan Malaysia sebagai Hab Digital ASEAN.
"Inisiatif 'Kekal Bersama Malaysia' saksikan kerjasama Malaysia dan Microsoft untuk jadikan negara kita Hab Digital ASEAN," kata Tengku Zafrul dalam hantaran di laman X miliknya, hari ini
Beliau berkata, Satya akan berkunjung ke negara ini tidak lama lagi bagi mengukuhkan kerjasama berkenaan.
"Menantikan kerjasama yang lebih erat dengan Microsoft untuk memacu kepimpinan Malaysia dalam bidang digital ASEAN," katanya.
Satya menggantikan Steve Ballmer pada 2014 sebagai CEO dan John W. Thompson pada 2021 sebagai pengerusi syarikat teknologi multinasional itu.
Menurut laman webnya, produk perisian Microsoft yang terkenal ialah barisan sistem operasi Windows, rangkaian aplikasi produktiviti Microsoft 365 dan penyemak imbas Edge.
Satya dijadualkan menyampaikan ucaptama mengenai era baharu kecerdasan buatan (AI) di Microsoft Build: AI Day di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 Mac 2024. -BERNAMA
#zafrul #ekonomi #microsoft #malaysia
Berita berkaitan
June 25, 2024, 3:06 pm
Inflasi bulan Mei naik 2 peratus
June 20, 2024, 2:21 pm
Penyasaran subsidi tak jejas harga rumah mampu milik
June 20, 2024, 12:56 pm
Malaysia yakin raih pelaburan, eksport bernilai RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025 di Osaka
June 12, 2024, 11:57 am
KWSP rekod pendapatan boleh agih RM19.2 bilion pada suku pertama tahun ini
June 5, 2024, 4:15 pm
Kuskop, Bank Rakyat peruntuk dana RM50 juta bangunkan usahawan India
May 30, 2024, 12:46 pm
Pelaburan Google RM9.4 bilion bukti ekonomi negara kuat, jadi tarikan pelabur - PM
May 22, 2024, 11:46 am
Maha Berjaya Frozen Food perluas pasaran di Sabah
May 13, 2024, 10:57 am
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
May 10, 2024, 11:16 am
Timbalan Gabenor BNM dedah ringgit dinilai secara tidak adil
April 17, 2024, 11:37 am