Berita Jenayah
Pesara hilang wang simpanan KWSP RM80,000 gara-gara skim pelaburan palsu
JASIN 29 Okt. - Seorang bekas setiausaha syarikat menanggung kerugian lebih RM80,000 apabila wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya hilang selepas terjerat dalam skim pelaburan palsu secara dalam talian sejak Julai lalu.
Wanita berusia 50 tahun itu dikatakan tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook, yang seterusnya mengarahkannya ke pautan tertentu dan disambungkan kepada suspek melalui aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi, memaklumkan bahawa mangsa pada mulanya dijanjikan pulangan sebanyak RM8,000 dengan hanya membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1,235.
"Wanita itu menerima keuntungan awal sebanyak RM8,000, yang menggalakkannya menambah jumlah pelaburan untuk mendapatkan pulangan lebih besar," kata beliau.
Mangsa kemudiannya mengeluarkan simpanan KWSP dan memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun pelbagai individu dengan jumlah keseluruhan mencecah RM82,175.
Namun, segalanya terbongkar apabila mangsa gagal mengeluarkan keuntungan seperti yang dijanjikan. Sebaliknya, dia diminta membayar tambahan RM20,000 sebagai cukai pengeluaran wang tersebut.
Mangsa akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Jasin, dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu. - Media Telus
Berita berkaitan
December 4, 2024, 12:15 pm
Guru rugi RM200,000 ditipu sindiket penyamaran
December 4, 2024, 10:11 am
Polis tembak mati 3 penjenayah terbabit kes bunuh
December 4, 2024, 10:04 am
Wanita ditahan dera anak kandung, simbah air panas hingga parah
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, beras basmathi bernilai RM2.09 juta
November 27, 2024, 1:14 pm
Remaja 18 tahun antara 361 individu ditahan polis terbabit kegiatan Ah Long
November 27, 2024, 11:01 am
Polis tahan lelaki serang individu tegur bunyi bising ekzos
November 26, 2024, 4:24 pm