TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pantau harga barangan basah menjelang Deepavali - MIC

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pihak berkuasa disarankan untuk memantau dengan teliti harga barangan basah di pasar seluruh negara menjelang sambutan Deepavali pada 31 Oktober ini

Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga yang didapati menaikkan harga secara tidak munasabah bagi memastikan harga kekal stabil dan adil untuk semua pengguna.

"Saya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai yang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kenaikan harga barangan basah menjelang Deepavali.

"Mereka amat terkesan dengan lonjakan harga ini dan berharap tindakan segera dapat diambil bagi menangani keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu (26 Okt).

Murugiah turut menyatakan bahawa kerjasama pihak berkuasa dalam menangani isu ini sangat dihargai demi menjaga kebajikan awam dan memastikan sambutan perayaan dapat berlangsung dengan meriah tanpa beban ekonomi yang berlebihan.

“Kenaikan harga ini telah membebankan pengguna, terutamanya mereka yang akan meraikan perayaan, dan menambahkan lagi kegusaran pembeli yang sudah pun berhadapan dengan kos barangan keperluan harian yang tinggi,” katanya. - Media Telus

+ - reset