TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

RUU tahanan di rumah bukan untuk bebaskan Najib

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 25 Okt - Kerajaan menafikan dakwaan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) tahanan di rumah digubal bagi membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, menjelaskan bahawa RUU tersebut adalah sebahagian daripada usaha peralihan pendekatan daripada punitif kepada pemulihan.

Menurut beliau, tujuan utama langkah ini adalah untuk memberi peluang kepada individu yang telah menjalani hukuman untuk kembali ke dalam komuniti dengan cara yang lebih konstruktif.

"Hasrat kerajaan adalah supaya individu yang telah didapati bersalah dapat dikembalikan ke dalam komuniti," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya, Jumaat. - Media Telus

+ - reset