TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

LUAS siasat kemunculan air biru di Beranang

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 25 Okt - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang menyiasat kemunculan aliran air berwarna biru di saliran longkang di kawasan perindustrian Mahkota, Beranang, pada malam Khamis.

Menurut kenyataan LUAS, pemeriksaan di lokasi kejadian dimulakan sekitar jam 10 malam, termasuk pemantauan di Sungai Kabul dan Sungai Beranang untuk memastikan tiada sebarang pencemaran memasuki sungai-sungai tersebut.

Dalam tinjauan tersebut, LUAS memaklumkan bahawa tiada aliran warna biru atau bacaan bau luar biasa yang dikesan di kedua-dua sungai itu. Sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya telah meletakkan dua beg karbon teraktif di kawasan longkang terlibat serta mengaktifkan pemantauan statik di Sungai Kabul.

Pada Jumaat, LUAS melancarkan operasi bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk mengendalikan siasatan lebih lanjut. Pemantauan sejak Khamis malam menunjukkan keadaan sungai terkawal tanpa sebarang pencemaran atau bau yang mencurigakan.

LUAS mengesahkan bahawa siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran ini sedang giat dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut bidang kuasa pihak berkenaan. - Media Telus

+ - reset