TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Lelaki tular curi bateri kereta di Batu Caves ditahan

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Seorang lelaki telah ditahan selepas disyaki mencuri bateri kereta di kawasan parkir sebuah pasar raya berhampiran Batu Caves pada pukul 8.08 malam, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, pihak polis telah mengesan video insiden tersebut yang tular di media sosial hari ini.

Beliau menyatakan bahawa pengadu, seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun, menghadapi masalah ketika cuba menghidupkan kenderaannya dan mendapati bahawa bateri keretanya telah hilang.

"Hasil pemeriksaan pengadu dan semakan melalui rakaman kamera papan pemuka mendapati seorang lelaki yang memakai topi hitam dan berbaju gelap telah membuka bonet dan mengambil bateri kereta berkenaan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun, berjaya ditahan di Taman Sri Gombak pada pukul 11 pagi bersama bateri kereta yang dicuri.

Kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan.

Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan V. R. Muneesh, di talian 019-4777634 bagi membantu siasatan. - Media Telus

+ - reset