Berita Jenayah
Lelaki cedera ditetak ketika sedang sarapan di Tawau
TAWAU 24 Okt. - Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang lelaki berusia 50 tahun ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dikenali, menyebabkan mangsa menerima tujuh jahitan di lengannya.
Kejadian berlaku sekitar jam 7.30 pagi ketika mangsa sedang bersarapan di kawasan siar kaki di rumahnya di Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas, Tawau.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, memaklumkan bahawa anak mangsa telah membuat laporan polis sebelum suspek berjaya ditahan kira-kira jam 12 tengah hari.
Suspek, seorang warga Indonesia berusia 30 tahun, didapati memiliki pasport yang telah tamat tempoh. Mangsa yang cedera di lengan kanan telah dihantar ke hospital dan menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang.
Polis turut merampas parang panjang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am