Berita Dunia
Hizbullah hantar peluru berpandu balas serangan paling ganas Israel
BEIRUT 24 Okt - Israel melancarkan serangan paling ganas di pinggir bandar selatan Beirut pada Rabu sementara Hizbullah pula memaklumkan menembak peluru berpandu buat pertama kali terhadap sasaran di Israel.
Serangan balas kedua-dua pihak itu berlaku ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken melawat wilayah itu, bagi mendesak untuk menghentikan pertempuran di Gaza dan Lubnan.
Serangan paling hebat Israel sejak perang bermula, yang menyasarkan pinggir Beirut itu menghasilkan kepulan asap tebal dan api menjulang ke udara, selepas jurucakap tentera Israel mengeluarkan amaran pemindahan untuk kawasan kejiranan terbabit.
Israel melancarkan gelombang serangan udara ke atas kubu kuat Hezbollah di selatan Beirut pada malam Rabu, ketika media rasmi Lubnan melaporkan perang Israel-Hizbullah kini sudah mencapai tempoh satu bulan.
Di Lubnan, agensi berita rasminya melaporkan sekurang-kurangnya 17 serangan dilancarkan Israel ke atas pinggir bandar selatan Beirut iaitu serangan paling ganas dan paling banyak dalam tempoh 24 jam di kawasan itu sejak perang tercetus.
Bilal Kashmar dari Unit Pengurusan Bencana Tyre berkata, tujuh bangunan musnah sama sekali dan lebih 400 pangsapuri rosak manakala seluruh penduduk di bandar Tire sedang dipindahkan," katanya.
Agensi media itu melaporkan, satu lagi serangan menghentam pejabat berdekatan penyiar pro-Iran, Al-Mayadeen, namun bangunan itu dilaporkan kosong sejak konflik bermula.
Kementerian Kesihatan Lubnan berkata seorang terbunuh dan lima yang lain, termasuk seorang kanak-kanak, cedera.
Hizbullah yang disokong Iran, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kumpulannya sudah meningkatkan serangan ke atas Israel, buat pertama kali menggunakan peluru berpandu serta melancarkan dron baharu ke atas sasaran Israel, tanpa memperincikan butiran lanjut.
Kumpulan itu kemudian berkata, sudah menyasarkan sebuah kilang tentera Israel di pinggir Tel Aviv.
Ketika tuntutan itu dibuat Hizbullah, kedengaran siren berbunyi di Tel Aviv dan bandar-bandar berdekatan menandakan serangan berlaku.
Tentera Israel berkata, empat serangan dikenal pasti dilepaskan dari Lubnan, dua berjaya dipintas, satu jatuh di kawasan lapang dan satu dikenal pasti jatuh di kawasan disasarkan Hizbullah.
Bagaimanapun, tiada tanda-tanda menunjukkan ada kemudahan pertahanan yang sudah dimusnahkan di sekitar Tel Aviv.
Serangan balas semakin sengit ketika Washington melakukan usaha terakhir untuk menuntut perdamaian antara Israel dan kumpulan disokong Iran itu serta Hamas sebelum pilihan raya presiden AS pada 5 November, yang dikhuatiri mungkin menyaksikan perubahan dasar luar AS.
Di Gaza, Israel sudah meningkatkan serangan di pinggir utara wilayah itu sejak membunuh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, minggu lalu, dengan pihak berkuasa kesihatan dan penduduk melaporkan 42 orang terbunuh dalam serangan terbaru Israel, kebanyakannya di utara. - REUTERS
Berita berkaitan
November 6, 2024, 5:16 pm
Trump menang Presiden Amerika Syarikat sekali lagi
November 1, 2024, 10:27 am
Angka korban ribut 'dahsyat' di Sepanyol cecah 158 orang
October 30, 2024, 9:54 pm
Wanita maut terjatuh dari tangga pesawat
October 23, 2024, 11:55 am
Guru sambilan dipenjara kerana tegur anak polis
October 16, 2024, 12:38 pm
Terima rasuah, Hakim Mahkamah Agung dipenjara 10 tahun
October 4, 2024, 3:16 pm
AS rekod kes baharu selesema burung H5 libatkan manusia di California
October 2, 2024, 12:48 pm
22 pelajar, 3 guru maut bas sekolah terbakar
October 2, 2024, 11:43 am
'Silap besar Iran serang Israel- Netanyahu
September 30, 2024, 11:29 am