Berita Jenayah
Percayakan 'boyfriend', pelajar Tingkatan 3 dirogol lima lelaki bergilir di asrama di Batu Gajah
BATU GAJAH 23 Okt – Seorang remaja perempuan melalui episod hitam hidupnya apabila dirogol lima lelaki secara bergilir di sebuah asrama di sini, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat, susulan laporan ibu mangsa jam 10.22 malam apabila anak gadisnya tidak pulang rumah selepas sesi persekolahan jam 1.30 tengah hari berjaya membawa kepada penahan lima lelaki berkenaan dan kini direman lima hari.
Katanya, mangsa mulanya pergi berjumpa teman lelaki dan berkeliaran di sekitar Batu Gajah sebelum berkenalan dengan lelaki yang baharu dikenali yang kemudian mengajak mangsa pergi ke sebuah asrama di Batu Gajah.
"Mangsa keluar makan bersama kenalan baharu terbabit yang kemudiannya mengajaknya ke sebuah asrama. Ketika tiba di asrama itu, ada lima lelaki di situ.
"Mangsa seterusnya ditawarkan masuk ke sebuah bilik kosong untuk berehat sebelum lima lelaki berkenaan secara bergilir masuk ke bilik itu dan merogol mangsa," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurut Zulkafli, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah dapat mengesan mangsa pada keesokannya (Selasa) di asrama terbabit dan membawanya ke IPD Batu Gajah untuk disoal siasat.
"Soal siasat mendapati mangsa dirogol oleh lima lelaki di asrama berkenaan pada hari sama laporan polis dibuat ibu mangsa (Isnin).
"Susulan maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Batu Gajah menahan lima lelaki berumur antara 18 hingga 27 tahun untuk siasatan lanjut," katanya.
Semakan rekod lampau mendapati dua daripada lima suspek itu, berumur 27 tahun masing-masing mempunyai satu rekod jenayah dan satu kesalahan berkaitan dadah.
Permohonan reman kelima-lima suspek dibenarkan oleh majistret selama enam hari bermula 23 Oktober (semalam) hingga 28 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375b Kanun Keseksaan iaitu kerana merogol secara berkumpulan.
Zulkafli menasihati masyarakat terutama ibu bapa dan penjaga agar peka tentang keberadaan anak-anak di bawah jagaan mereka dengan memantau serta membuat pemeriksaan berkala pada telefon bimbit anak-anak supaya tidak terdedah dengan kenalan yang tidak dikenali dalam media sosial.
"Dalam kes ini, disyaki ibu mangsa tidak membuat pemantauan kerana mangsa sebenarnya pergi berjumpa teman lelaki di suatu tempat dan berkeliaran di sekitar Batu Gajah serta berkenalan dengan lelaki yang baharu dikenali," katanya.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am