Berita Dunia
Guru sambilan dipenjara kerana tegur anak polis
SULAWESI TENGGARA - Seorang guru sambilan di Konawe Selatan telah ditahan pihak berkuasa setelah didakwa 'mendisiplinkan' anak seorang anggota polis, mencetuskan reaksi daripada masyarakat.
Aduan tersebut mendakwa Supriyani telah mengasari seorang murid bernama D, berusia 6 tahun, yang merupakan anak kepada anggota polis.
Menurut laporan, Supriyani dikatakan telah memukul D menggunakan penyapu, menyebabkan kesan luka di belakang paha kanak-kanak itu.
Pada mulanya, D mendakwa luka tersebut terjadi akibat terjatuh semasa bermain di sawah, namun keterangannya berubah setelah disoal kembali oleh bapanya. Jurucakap polis, Febry Syam, mengesahkan perubahan kenyataan tersebut pada Isnin lalu.
Kejadian ini menimbulkan kontroversi dalam kalangan para guru dan pengguna media sosial, yang akhirnya mencetuskan kempen 'Save Ibu Supriyani' sebagai sokongan kepada guru berkenaan.
Pihak sekolah turut memaklumkan bahawa murid tersebut tidak dipukul seperti yang didakwa, namun penjelasan itu tidak diterima oleh ibu bapanya.
Sekolah juga telah meminta maaf kepada ibu bapa murid terbabit, tetapi permohonan maaf itu disalah tafsir sebagai pengakuan salah, lalu dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan bukti yang disertakan.
Difahamkan, ibu bapa D juga menuntut pampasan sebanyak 50 juta rupiah (RM15,000) serta mendesak Supriyani berhenti mengajar. Bagaimanapun, Supriyani enggan membayar kerana dia merasakan tindakan yang diambilnya adalah wajar dan dia juga tidak mampu memenuhi tuntutan tersebut.
Ketika ditemui media pada Selasa, Supriyani menangis kegembiraan setelah mahkamah bersetuju menangguhkan penahanannya, setelah dipenjarakan sejak 16 Oktober. Supriyani, yang telah berkhidmat sebagai guru tidak tetap selama 16 tahun, dijangka menghadapi perbicaraan pertamanya pada Khamis. - Agensi
Berita berkaitan
November 6, 2024, 5:16 pm
Trump menang Presiden Amerika Syarikat sekali lagi
November 1, 2024, 10:27 am
Angka korban ribut 'dahsyat' di Sepanyol cecah 158 orang
October 30, 2024, 9:54 pm
Wanita maut terjatuh dari tangga pesawat
October 24, 2024, 11:02 am
Hizbullah hantar peluru berpandu balas serangan paling ganas Israel
October 16, 2024, 12:38 pm
Terima rasuah, Hakim Mahkamah Agung dipenjara 10 tahun
October 4, 2024, 3:16 pm
AS rekod kes baharu selesema burung H5 libatkan manusia di California
October 2, 2024, 12:48 pm
22 pelajar, 3 guru maut bas sekolah terbakar
October 2, 2024, 11:43 am
'Silap besar Iran serang Israel- Netanyahu
September 30, 2024, 11:29 am