Berita Jenayah
Taktik warga emas sorok 11,000 batang rokok seludup bawah lantai rumah tak menjadi
TUMPAT - Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditahan oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan selepas didapati menyeludup 11,000 batang rokok putih dari Thailand, yang disorok di bawah lantai rumahnya di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, dalam serbuan pada Selasa.
Serbuan yang dilakukan pada jam 2 pagi itu merupakan sebahagian daripada operasi Op Taring Wawasan Kelantan. Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, rokok tidak bercukai tersebut ditemui tersorok di ruang tamu rumah warga emas berkenaan.
Anggaran nilai rampasan rokok tersebut adalah RM11,000, dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. Suspek serta barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.
Beliau juga menambah bahawa tindakan ini berjaya menumpaskan kegiatan penjualan rokok seludup di kawasan tersebut dan PGA akan terus mempertingkatkan usaha membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan negara. - Media Telus
Berita berkaitan
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, beras basmathi bernilai RM2.09 juta
November 27, 2024, 1:14 pm
Remaja 18 tahun antara 361 individu ditahan polis terbabit kegiatan Ah Long
November 27, 2024, 11:01 am
Polis tahan lelaki serang individu tegur bunyi bising ekzos
November 26, 2024, 4:24 pm
Remaja 15 tahun diculik, tujuh suspek ditahan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm