Berita Jenayah
Siti Hajartul Harni disyaki dalang penipuan RM110 juta ditangkap
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Seorang wanita berusia 37 tahun yang dikehendaki berhubung dengan skim pelaburan emas bernilai RM110 juta telah ditangkap sebaik pulang dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Siti Hajartul Haini Abd Hamid ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebaik tiba dari Dubai.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, mengesahkan bahawa Siti Hajartul kini direman bagi membantu siasatan.
Awal minggu ini, dilaporkan lebih daripada 100 individu mengalami kerugian kolektif melebihi RM110 juta melalui skim pelaburan emas 916 yang ditawarkan pada harga di bawah pasaran dalam tempoh dua bulan terakhir ini.
Skim ini dipercayai mirip dengan skim piramid, di mana pelabur tertarik dengan tawaran harga emas yang rendah, sehingga ada yang sanggup meminjam wang daripada saudara-mara, rakan, dan ceti haram untuk melabur.
Sebelum ini, pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang memburu Siti Hajartul bagi membantu siasatan kes tersebut. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am