Berita Sukan
Badminton, terjun digugurkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026
OLEH NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 23 Okt – Impian atlet negara beraksi di Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland pada 2026 dalam sukan badminton dan terjun tidak kesampaian apabila kedua-dua sukan itu digugurkan daripada temasya berkenaan.
Berdasarkan kenyataan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), sebanyak 10 jenis sukan akan dipertandingkan pada edisi tersebut pada 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026, berbanding 19 jenis sukan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham England.
Sukan yang akan dipertandingkan iaitu olahraga dan para (trek dan padang), renang dan para renang, gimnastik artistik, trek berbasikal dan para trek berbasikal.
Selain itu, bola jaring, angkat berat dan powerlifting, tinju, judo, boling padang dan boling padang para, bola keranjang tiga lawan tiga dan bola keranjang kerusi roda tiga lawan tiga.
Mengulas mengenai ketiadaan sukan utama negara tersebut pada edisi Komanwel kali ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerima keputusan Glasgow itu dan memahami usaha menjadikan Sukan Komanwel 2026 berdaya maju dari segi kewangan.
Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, langkah itu tidak dapat dielakkan, mengikut masa dan keperluan susulan penarikan diri Victoria, Australia tahun lepas.
"Fokusnya adalah untuk menjadikan sukan yang boleh mencapai kualiti tertinggi dari segi kewangan dengan cara yang mampan.
“Dalam bergerak ke hadapan, terdapat keperluan untuk mengutamakan perkara yang paling penting kepada atlet dan sukan.
"Oleh itu, kami menerima hakikat Glasgow 2026 akan menjadi lebih kecil daripada sukan sebelumnya dengan mengorbankan sukan yang kita hebat seperti badminton, akuatik - terjun, hoki dan skuasy," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Selasa, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) secara rasmi mengesahkan Glasgow sebagai tuan rumah dan menjadikan ia edisi kedua dianjurkan Scotland selepas edisi 2024.
Sebelum ini, Malaysia juga pernah ditawarkan menjadi tuan rumah edisi 2026 itu tetapi membuat keputusan menolak tawaran tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut melihat penganjuran kali ini akan menjadi peluang untuk menetapkan pelan tindakan baharu untuk masa depan sukan Komanwel yang mampan.
“MOM akan membincangkan strategi yang diperlukan untuk menghadapi isu ini dengan pihak yang berkaitan pihak berkepentingan, termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA)," katanya.
Berita berkaitan
November 11, 2024, 3:31 pm
Arif Aiman,Tommy Mawat berpotensi berdepan tindakan disiplin - FAM
November 4, 2024, 11:00 am
Sudah masa TMJ teraju FAM - Safee Sali
November 3, 2024, 10:04 am
Penerjun negara, Tze Liang cedera kepala terhantuk papan anjal di Bukit Jalil
November 1, 2024, 3:07 pm
Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya - Tunku Ismail
October 30, 2024, 9:06 pm
Nidzam 'angkat kaki', Abdi Hassan ganti sementara
October 22, 2024, 12:02 pm
Jurulatih Gwangju FC terkejut JDT ada ramai pemain import
October 22, 2024, 9:43 am
Gwangju FC pasukan bagus, JDT jangka saingan sengit
October 21, 2024, 4:42 pm
Sultan Selangor ingatkan pasukan, penyokong Selangor FC jaga perangai
October 18, 2024, 2:05 pm