TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

‘Bomba jangan diam sahaja kalau bangunan tidak selamat’ – Sultan Pahang

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 22 Okt - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan negeri supaya meneliti semua bangunan yang sudah berusia dan usang demi keselamatan nyawa dan harta benda orang ramai

Baginda bertitah, langkah itu perlu bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti kebakaran membabitkan premis kedai di Jalan Besar, di sini Sabtu lalu.

Titah baginda, pihak pentadbiran juga wajar membuat satu dasar baharu berkaitan bangunan lama kerana kejadian itu kemungkinan akan berlaku di tempat lain.

"Saya tahu kalau kita nak bina bangunan baharu, pejabat baharu, hotel baharu dan premis baharu begitu ketat sekali peraturan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Pejabat Daerah.

"Kita setuju dengan cara (peratuan) itu tetapi bangunan lama awak tutup mata sahaja. Ini saya rasa satu masa untuk pergi tengok bangunan-bangunan lama.

"Bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) pun sama, jika bangunan rasa tidak selamat, beritahu tidak selamat, jangan main diam sahaja kerana kita tidak mahu ada kehilangan nyawa dan harta yang besar," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas berkenan melawat lokasi kebakaran kedai di Jalan Besar, hari ini.

Dalam laporan Berita Harian, baginda turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu, khususnya anggota bomba yang bertindak pantas sebaik menerima panggilan kecemasan dalam operasi pemadaman.

"Tetapi saya tengok dalam TikTok, kebakaran itu agak menakutkan dan juga begitu besar sekali," katanya.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bersimpati dan mendoakan kepada keluarga pemilik bangunan berkenaan diberikan kesejahteraan dan tabah dengan kejadian yang berlaku.

Sabtu lalu, tiga premis perniagaan yang berusia lebih 100 tahun di pusat bandar raya ini musnah dalam kebakaran.

Dalam kejadian jam 4.30 itu, premis itu membabitkan kedai karpet, penggurup wang dan kedai runcit.

+ - reset