Berita Berita
Rakyat boleh anjur himpunan aman, tapi kena ikut peraturan - Shamsul Anuar
KUALA LUMPUR 22 Okt - Kerajaan memberi hak dan kebebasan bersuara di semua peringkat, termasuk untuk menganjurkan atau menyertai perhimpunan aman, namun ia mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), penganjur perlu mengemukakan pemberitahuan perhimpunan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh lima hari sebelum tarikh perhimpunan.
"PDRM bertanggungjawab mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan perhimpunan dijalankan dengan teratur mengikut Akta 736 dan undang-undang lain yang berkaitan," katanya.
“Berdasarkan akta ini, permohonan permit dimaksudkan ialah pemberitahuan perhimpunan,” katanya menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) sama ada permit daripada PDRM diperlukan untuk penganjuran perhimpunan awam pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, pemberitahuan perhimpunan di bawah Seksyen 9(1) Akta 736 perlu memenuhi keperluan yang ditetapkan, termasuk melengkapkan borang pemberitahuan yang mengandungi butiran perhimpunan, anggaran jumlah peserta, dan individu yang dilantik oleh penganjur untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan teratur.
Shamsul Anuar berkata polis mempunyai kuasa di bawah Seksyen 15 akta sama untuk mengenakan syarat dan sekatan ke atas sebuah perhimpunan bagi memastikan keselamatan awam kekal terpelihara termasuk perlindungan kepada hak dan kebebasan orang lain.
“Tiada sekatan langsung dikenakan oleh polis jika kita mematuhi semua peraturan yang ditetapkan. Jika perhimpunan telah dibenarkan tetapi terdapat kesalahan, seperti menyentuh perkara sensitif, polis akan terlebih dahulu menggunakan Seksyen 20 untuk berunding sebelum mengambil tindakan penguatkuasaan secara tegas,” katanya.
Berita berkaitan
October 22, 2024, 7:23 pm
Konon tawar jadi pengasuh di Bangkok, rupanya sindiket nak jual di Myanmar
October 22, 2024, 6:17 pm
Kain seragam jururawat terlalu keras, ada yang sedekah jadi kain kafan - Guan Eng
October 22, 2024, 4:23 pm
‘Bomba jangan diam sahaja kalau bangunan tidak selamat’ – Sultan Pahang
October 22, 2024, 3:46 pm
Kerajaan lulus laksana 35 projek PPKI bernilai RM716.4 juta tahun hadapan
October 22, 2024, 2:33 pm
Sarawak komited perbaiki akses pendidikan dan penjagaan kesihatan kanak-kanak – Abang Johari
October 22, 2024, 2:29 pm
Pesta Sukan Air Kuala Kangsar mungkin ditangguh atas faktor cuaca
October 22, 2024, 2:15 pm
Cikgu Anas nafi bertindak kasar, hadir untuk siasat masalah peniaga
October 22, 2024, 2:04 pm
4.3 juta kenderaan Singapura masuk Johor dalam tempoh 9 bulan
October 22, 2024, 1:58 pm