Berita Ekonomi
Penggabungan tiga bank masih dalam proses - PM
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan bahawa cadangan penggabungan antara Bank Pembangunan Malaysia Bhd, Exim Bank, dan SME Bank masih dalam proses, dengan penekanan diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta kepentingan pinjaman untuk bumiputera.
Beliau menegaskan bahawa Bank Negara Malaysia sedang memantau proses ini dan memastikan kepentingan PKS serta syarat-syarat pinjaman bumiputera tetap menjadi keutamaan dalam dasar penggabungan tersebut.
"Itu antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara yang memantau penggabungan. Walaupun masih awal untuk saya memberikan komen lanjut, syarat PKS dan pinjaman bumiputera tetap dijadikan ukuran dan dasar dalam penggabungan ini," katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang bertanya mengenai perkembangan penggabungan tiga bank tersebut.
Dalam pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini, Anwar mengumumkan bahawa institusi kewangan pembangunan negara akan disusun semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank, dan Exim Bank untuk memperkukuh perkhidmatan kewangan pembangunan di Malaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
January 24, 2025, 7:46 pm
Pengambilalihan MAHB oleh konsortium GDA kini jadi tanpa syarat
January 24, 2025, 10:00 am
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
January 23, 2025, 6:39 pm
Harga emas dijangka melonjak ke paras tertinggi, RM434.19 segram
January 17, 2025, 11:59 am
Az Zuha ikat perjanjian RM20 Juta dengan Hotel Safwah, nekad beri jemaah pengalaman premium di Tanah Suci
January 16, 2025, 2:52 pm
Gamuda meterai perjanjian pinjaman RM6.6 bilion bagi pembangunan 75 London Wall di UK
January 16, 2025, 11:07 am
YTL Group laksana projek pembangunan mega RM33 bilion di UK
January 15, 2025, 5:05 pm
Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 4.9% tahun ini, dipacu permintaan domestik, pelaburan asing
January 13, 2025, 1:25 pm
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
January 9, 2025, 2:15 pm
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura bakal jadi pesaing Lembah Klang
January 3, 2025, 10:57 am