TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Seorang wanita antara lapan ditahan tikam warga Pakistan guna pemutar skru hingga mati

By
|
Kongsi
image

GEORGETOWN 22 Okt - Tujuh lelaki dan seorang wanita ditahan hari ini, bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki warga Pakistan yang ditikam menggunakan pemutar skru di sebuah kedai buah di Pulau Tikus, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, semua suspek berusia 22 hingga 58 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di negeri ini awal pagi tadi.

"Semua yang ditahan terdiri daripada pemilik dan pekerja kedai buah serta pemilik kedai motosikal bersebelahan dengan premis kedai berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut. Swee Sake berkata, usaha mengesan suspek utama masih giat dijalankan ketika ini.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki warga Pakistan itu ditikam sehingga mati oleh seorang lelaki tempatan.

Dalam kejadian 5 petang, mangsa berusia 48 tahun dikatakan cuba mencuri minuman keras di kedai berkenaan dan ia disedari pemilik premis.

Difahamkan, ketika pemilik premis menegur perbuatan lelaki itu, tiba-tiba seorang pelanggan yang datang ke kedainya bertindak menikam mangsa menggunakan pemutar skru.

Satu tikaman dikatakan terkena di bahagian dada manakala tiga lagi di belakang badan mangsa.

+ - reset