TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Dua lelaki ditahan bawa 44 ekor kambing seludup dari Thailand

By
|
Kongsi
image

PASIR MAS 22 Okt. - Dua lelaki ditangkap ketika cuba menghantar 44 ekor kambing yang dipercayai diseludup dari Thailand oleh anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pegkalan Chepa di Kampung Repek, pada Isnin.

Suspek yang masing-masing berusia 20 dan 55 tahun itu ditahan pada jam 12.30 tengah malam semasa anggota PGA sedang menjalankan operasi Op Taring Wawasan. Mereka mula curiga apabila melihat sebuah lori jenis Daihatsu dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pemeriksaan terhadap lori tersebut menemukan 44 ekor kambing yang dianggarkan seberat 2,200 kilogram dan disyaki dibawa masuk dari negara jiran tanpa sebarang dokumen sah.

"Siasatan awal mendapati dua lelaki ini dipercayai berperanan sebagai penghantar bagi menyeludup kambing-kambing tersebut ke pasaran tempatan," katanya pada Selasa.

Jumlah keseluruhan rampasan, termasuk kambing dan kenderaan, dianggarkan bernilai RM55,000. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953, dengan suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada Kompeni Taktikal (Komtak) Jeram Perdah untuk tindakan lanjut. - Media Telus

+ - reset