TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Baru sehari tayang, Sheriff dah catat kutipan lebih 1 juta

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 April - Filem kepolisan arahan Syafq Yusof, Sheriff mencatat rekod apabila berjaya mengutip lebih RM1 Jjuta pada tayangan awal yang diadakan pada 17 April lalu.

Malah, kutipan tinggi itu juga menyaksikan filem tersebut berada di tangga pertama carta top 10 GSC Malaysia sekali gus mengetepikan filem antarabangsa.

Pengarah, Cerita Asal dan Lakon Layar filem Sheriff, Syafiq Yusof berkata, “Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan pada tayangan awal itu.

"Ini adalah permulaan yang baik untuk Sheriff dan kami menjangkakan penonton akan pergi ke pawagam terutamanya pada hujung minggu ini untuk menyaksikan Sheriff. 

Kami mengharapkan filem ini mampu menepati cita rasa penonton. Ajak rakan-rakan atau keluarga meluangkan masa bersama dengan menikmati Sheriff yang memaparkan subjek ‘polis tangkap polis’ dari lakonan mantap pelakon-pelakon tanah air," katanya.

Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. 

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. 

Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw. - MEDIA TELUS

#FILEM #SKOPPRODUCTION #ASTROSHAW #SYAFIQYUSOF #SHERIFF

+ - reset