Berita Jenayah
Polis siasat kes penipuan guna nama Ayob khan
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu kes penipuan melibatkan individu yang menyamar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, individu tersebut dikatakan mengajak orang ramai menyertai kumpulan "Friendship Group" yang diwujudkan di platform tersebut.
"Datuk Seri Ayob Khan tidak pernah terlibat atau mengendalikan mana-mana kumpulan khas di WhatsApp.
"Tindakan individu yang tidak bertanggungjawab ini berpotensi untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat serta mencemarkan imej pasukan polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, siasatan terhadap pemilik nombor telefon yang terlibat sedang dijalankan.
Tindakan tegas akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, khususnya terhadap mereka yang menyalahgunakan nama pimpinan tertinggi PDRM atau individu lain.
Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan aktiviti penipuan dalam talian dan sentiasa berwaspada terhadap taktik-taktik yang digunakan oleh penipu untuk menjerat mangsa. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am