TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Sultan Selangor ingatkan pasukan, penyokong Selangor FC jaga perangai

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

KUALA LUMPUR 21 Okt - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak menjaga tingkah laku agar tidak berlaku perselisihan faham dan pergaduhan dalam atau luar padang.

Baginda bertitah, tindakan tersebut boleh mengundang permusuhan sehingga membawa kepada keganasan.

Baginda berkenan menzahirkan titah pesanan itu kepada pengurusan Selangor FC (SFC) kelab-kelab penyokong dan semua penyokong SFC khususnya Ultras Selangor yang hadir ke stadium pada setiap perlawanan.

“Mengambil kira keadaan semasa dan prihatin dengan semangat persaingan yang kian memuncak dalam saingan Liga Super pada 10 Oktober lalu baginda telah menitipkan sepucuk warkah kepada pengurusan SFC,” titah baginda menerusi Facebook Selangor Royal Office pada Isnin.

Dalam warkah berkenaan, baginda juga mahu setiap pemain dan penyokong harus bijak dan rasional dalam mengawal emosi agar tidak terjerumus dengan provokasi yang boleh memberi kesan negatif yang akhirnya membinasakan.

Titah baginda, sesungguhnya dalam bola sepak, menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun yang lebih penting semua yang terlibat meraikan pihak yang berjaya dan mengambil tauladan daripada setiap kekalahan.

Baginda ingin terus melihat bola sepak kekal menjadi sukan yang menyatupadukan rakyat jelata tanpa ada anasir-anasir luar yang cuba merosakkannya. - Media Telus

+ - reset