Berita Jenayah
Pembantu perubatan didakwa cabul dua budak lelaki di pusat qasidah
MELAKA 21 Okt - Penjawat awam yang juga guru qasidah sambilan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan 12 tahun di sebuah pusat qasidah di Bukit Katil, pada Februari lalu.
Abdul Azam Abdul Hamid, 34, yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.
Prosiding kes didengar Hakim Rohatul Akmar Abdullah manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain.
Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa melakukan dua perbuatan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan satu terhadap kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di sebuah pusat qasidah di Bukit Katil, pada jam 1.30 pagi pada 3 Februari lalu.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017.
Mengikut siasatan polis, tertuduh adalah penjawat awam sebagai pembantu perubatan sebuah hospital di Melaka dan bekerja sambilan sebagai guru qasidah di pusat berkenaan.
Terdahulu, pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan, namun mencadangkan RM20,000 sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan tertuduh diikat jamin berserta syarat tambahan.
Tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana berasal dari keluarga susah selain ayahnya baharu berhenti kerja dan ibunya sakit.
Selepas meneliti hujah kedua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM15,000 bagi semua pertuduhan serta syarat melapor diri di balai polis setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Kes akan disebut semula 18 November ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam bela.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am