Berita Jenayah
'Buku 555' antara dirampas, polis tumpas sindiket Ah Long di enam negeri
GEORGETOWN 21 Okt – Sindiket ceti haram atau ah long yang melakukan perbuatan simbah cat dan khianat dengan api di enam negeri akhirnya tumpas selepas polis berjaya menahan empat ahli sindiket berkenaan.
Kesemua lelaki berusia 23 hingga 28 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di negeri ini, Kedah serta Perak pada Khamis lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu menjalankan kegiatan pinjaman wang secara haram termasuk secara dalam talian.
Selain itu, katanya, mereka turut terbabit dalam jenayah khianat yang menyasarkan mangsa mereka.
"Menerusi serbuan berkenaan polis merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan bagi aktiviti pinjaman haram termasuk buku cek, buku catatan mengandungi senarai peminjam, empat telefon bimbit serta sebuah kereta Honda City.
"Semakan terhadap telefon bimbit yang dirampas turut membawa kepada penemuan 24 rakaman video kejadian simbah cat dan khianat dengan api yang dirakam suspek ketika melakukan jenayah itu di lokasi berasingan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Hamzah berkata, siasatan lanjut mendapati semua suspek yang ditahan itu terbabit dengan sebanyak 27 kes khianat di enam negeri iaitu Pulau Pinang Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 435 dan 436 akta sama serta Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.
"Polis menasihatkan orang ramai yang diganggu atau diugut along supaya segera buat laporan bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan lanjut," katanya lagi.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am