TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Digelar 'duda pelaris', Fattah Amin cipta rekod baharu jualan di 'live TikTok'

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Selepas bercerai dengan Nur Fazura pada 7 Oktober lalu, populariti Fattah Amin semakin meningkat, terutamanya di kalangan peminat wanita.

Baru-baru ini, Fattah muncul dalam sesi siaran langsung di TikTok untuk mempromosikan jenama makanan sejuk beku, kambing perap Pak Mat Western, yang berjaya meraih lebih 100,000 tontonan dalam masa kurang daripada satu jam.

Netizen secara terbuka mengakui menonton sesi tersebut semata-mata kerana Fattah, dan banyak yang memberikan gift mewah di TikTok sebagai tanda sokongan.

Selain itu, ada juga yang meminta Fattah untuk menyanyi semasa sesi live tersebut. Ini bukan kali pertama Fattah berjaya mencuri perhatian di TikTok. Sebelumnya, pada 12 Oktober, sesi live pertamanya di platform itu memperoleh lebih 49,000 tontonan dan 26 juta tanda suka.

Gelaran "duda paling hot" kini sering dikaitkan dengan Fattah, dan ramai peminat wanita membuat konten lucu yang merujuk kepada status barunya.

Popularitinya semakin melonjak seiring dengan penampilan kerapnya di media sosial dan sokongan peminat setianya. - Media Telus

+ - reset