TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis cari pemandu lori langgar motosikal di Lebuhraya Persekutuan

By
|
Kongsi
image

KLANG - Polis sedang giat mengesan seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.8 Lebuhraya Persekutuan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, memaklumkan bahawa kemalangan yang berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari itu melibatkan sebuah lori dan sebuah motosikal Yamaha FZ, yang sedang bergerak dari arah Shah Alam ke Klang.

Hasil siasatan awal menunjukkan kemalangan tersebut berlaku apabila lori berkenaan tiba-tiba menukar haluan ke kanan, lalu merempuh motosikal berkenaan. Akibat insiden itu, penunggang motosikal terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan.

"Pemandu lori berkenaan masih belum membuat laporan polis," kata Vijaya Rao dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Jumaat.

Beliau turut menambah bahawa pihak polis sedang berusaha mengesan pemandu lori tersebut bagi membantu siasatan. Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa, seorang lelaki berusia 30 tahun, telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini agar tampil memberikan bantuan. Mereka boleh menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327.

Vijaya Rao turut mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memandu dengan berhati-hati dan mematuhi undang-undang trafik. - Media Telus

+ - reset