Berita Jenayah
4 hari dalam 'neraka', budak 12 tahun mangsa culik dicabul, hampir dijual kepada sindiket pelacuran
SHAH ALAM 17 Okt - Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilapor hilang dari sebuah pangsapuri di Klang, dekat sini pada 8 Oktober lalu selepas mengambil makanan di bawah rumahnya dipercayai dicabul sebelum nyaris dijual kepada sindiket pelacuran di Chow Kit.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, pihaknya mendapat maklumat berkenaan berdasarkan siasatan dilakukan pihaknya selepas mangsa diselamatkan.
Berdasarkan siasatan, mangsa dibawa ke sebuah pangsapuri di Setia Alam, dekat sini di mana dia dicabul dua daripada suspek berusia 13 dan 23 tahun sepanjang empat hari ditahan di rumah itu.
Mengulas lanjut, katanya, pada hari kejadian mangsa dibawa menaiki sebuah kereta yang di dalamnya terdapat dua lelaki dan dua perempuan.
"Mangsa dibawa ke sebuah pangsapuri disewa suspek, di mana mangsa dipercayai dicabul selama empat hari.
"Menurut mangsa, dia diberikan rokok elektronik yang mengkhayalkan sebelum dicabul. Mangsa turut didera tetapi tidak ketara," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak itu yang dipercayai diculik di kawasan rumah kedai di Klang, selamat ditemui Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong mengesahkan kanak-kanak warga tempatan itu dijumpai semula kira-kira jam 2.30 petang.
Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis sekitar lokasi kejadian mendapati mangsa berjalan kaki sebelum menaiki sebuah Perodua Myvi berwarna hitam.
Dalam pada itu, Hussein mengesahkan siasatan mendapati mangsa juga dirancang untuk dijual kepada sindiket pelacuran di kawasan Chow Kit.
"Satu daripada suspek terbabit yang juga ketua kumpulan itu berusaha menjual mangsa kepada sindiket pelacuran.
"Namun apabila polis menguar-uarkan berita kehilangan mangsa, sindiket yang hendak membeli mangsa tidak jadi membelinya.
"Jadi mereka bawa balik dan minta mangsa balik dengan kenderaan e-hailing," katanya.
Hussein berkata, susulan kes itu polis menangkap enam suspek termasuk dua yang didakwa mencabul mangsa.
"Dua dari enam suspek yang ditangkap dikenali mangsa, salah seorangnya bekas kekasih abang mangsa.
"Sebab itu mangsa pada awalnya sudi ikut suspek naik kenderaan sebab dia kenal suspek dan ada perempuan dalam kereta itu," katanya.
Tambah beliau lagi, polis memburu dua lagi individu berkaitan sindiket pelacuran bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am