Berita Jenayah
Kontraktor, anak saudara dituduh bunuh Sabari
JITRA 17 Okt - Seorang kontraktor dan anak saudaranya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh pesara pegawai kewangan FELCRA, Sabari Baharom, 62, pada 4 September lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan ke atas Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Huda Idris.
Mengikut kertas pertuduhan, Mazuan dan Muhd Asyraf secara bersama melakukan bunuh dengan niat menyebabkan kematian ke atas Sabari pada jam 5.30 pagi 4 September lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di titi Kampung Empa, Sungai Padang Terap dalam daerah Kubang Pasu.
Berikutan itu, mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun dan minimum 12 kali sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Noridien serta Mohamad Rizal Fadzil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nurul Huda kemudian menetapkan tiada jaminan dibenarkan ke atas kedua-dua tertuduh dan sebutan semula kes pada 5 Januari tahun depan.
Semalam, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh mengesahkan pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kes bunuh Sabari dan dokumen itu sudah dirujuk kepada Khairul Anwar pada Isnin lalu.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret Sungai Petani memerintahkan kedua-dua tertuduh direman selama seminggu berakhir hari ini, bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am