Berita Ekonomi
AirAsia X sokong ambil alih perniagaan penerbangan Capital A
KUALA LUMPUR 16 Okt - Pemegang saham AirAsia X Bhd (AAX) melulus dan menyokong sepenuhnya cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Capital A dalam perniagaan penerbangan dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) dengan harga RM6.8 bilion.
AAX dalam satu kenyataan hari ini berkata, 99.08 peratus pemegang sahamnya mengundi menyokong pengambilalihan itu semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang menunjukkan sokongan padu terhadap visi AAX untuk memanfaatkan peluang pasaran baharu, mengukuhkan sinergi operasi dan mengembangkan tawaran perkhidmatannya.
"Keputusan penting ini memberi laluan kepada pengambilalihan transformatif AAX yang dijangka selesai menjelang akhir tahun ini sebagai kumpulan penerbangan yang diperbesarkan, tertakluk kepada kelulusan akhir mahkamah dan kawal selia," katanya.
Selain itu, pemegang saham juga menyokong cadangan pengeluaran waran percuma, cadangan tawaran saham persendirian untuk meningkatkan hasil kasar berjumlah RM1 bilion, cadangan pengurangan modal saham dan cadangan pemberian saham langganan.
"Setelah selesai, kumpulan penerbangan baharu itu akan menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan perjalanan udara tambang rendah merentasi laluan jarak dekat, sederhana dan jauh, mewujudkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab mega penerbangan dan meletakkan ASEAN sebagai pusat transit utama global," katanya dalam laporan BERNAMA.
Pengerusi AAX, Datuk Fam Lee Ee, berkata pengambilalihan itu memberikan AAX akses kepada lebih 200 pesawat sedia ada dan 361 pesanan pesawat pada masa depan daripada portfolio penerbangan Capital A, menggabungkan pesawat berbadan sempit dan berbadan lebar ke dalam satu kumpulan, sekali gus membolehkannya meluaskan jangkauannya merentasi segmen jarak jauh, sederhana dan dekat.
Pada Isnin, 99.97 peratus pemegang saham Capital A Bhd meluluskan cadangan penjualan perniagaan bernilai RM6.8 bilion kepada AAX.
Pada 25 April, Capital A menandatangani surat tawaran tidak mengikat dengan AAX untuk cadangan penjualan perniagaan penerbangannya, AAB dan AAAGL.
AAAGL dan AAB ialah anak syarikat milik penuh Capital A.
Selepas penjualan, Capital A akan menumpu kepada empat tonggak strategik yang akan memacu transformasinya menjadi syarikat perkhidmatan penerbangan dipacu teknologi melalui Capital A Aviation Services (CAPAS), MOVE Digital, Teleport (Logistics), dan syarikat Brand AA.
Berita berkaitan
November 19, 2024, 1:38 pm
Alliance Laundry Systems mantapkan dominasi sebagai peneraju industri dobi komersial global
November 15, 2024, 3:43 pm
Perang dagang AS-China buka peluang pelaburan ke ASEAN, Malaysia - Tengku Zafrul
November 15, 2024, 1:43 pm
Malaysia catat peningkatan KDNK 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini
November 14, 2024, 2:27 pm
11.1 juta pemegang unit ASB rekod pelaburan sebanyak 173.8 bilion unit
November 12, 2024, 10:10 am
Ringgit dibuka tinggi berbanding US dolar
November 11, 2024, 4:10 pm
KUSKOP sedia bincang bersama MoF, KESUMA selaras gaji minimum untuk PMKS
October 28, 2024, 12:21 pm
Blackberry pilih Malaysia tubuh ibu pejabat keselamatan siber
October 25, 2024, 9:54 am
Pelabur mula beralih kepada negara pesat membangun, ringgit kembali mengukuh berbanding dolar AS
October 24, 2024, 10:14 am
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS di awal dagangan akibat ketidaktentuan menjelang Pilihan Raya AS
October 23, 2024, 3:20 pm