Berita Dunia
Gunung Ruang meletus: Indonesia keluar amaran tsunami, ratusan penduduk berpindah
![image](https://imgs.mediatelus.com/IMG_2344.jpeg)
JAKARTA 18 April - Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas sebuah gunung berapi di wilayah Sulawesi Utara meletus dan menghamburkan abu setinggi lebih 1 kilometer ke udara dalam bencana yang memaksa beratus-ratus penduduk berpindah, lapor akhbar The Guardian semalam.
Menurut agensi vulkanologi Indonesia, Gunung Ruang meletus buat kali pertama pukul 9.45 malam (waktu tempatan) kelmarin disusuli empat letusan lain semalam.
Beberapa pegawai berkata, mereka bimbang sebahagian daripada gunung berapi itu mungkin runtuh ke dalam laut dan menyebabkan tsunami seperti yang berlaku pada 1871.
Pulau Tagulandang di perairan timur laut Gunung Ruang sekali lagi berdepan risiko dilanda tsunami, memaksa penduduknya berpindah.
Tahap amaran untuk gunung berapi itu setinggi 725 meter di atas paras laut itu ditingkatkan daripada tiga kepada empat semalam sekali gus tertinggi dalam sistem amaran bencana empat peringkat.
“Berdasarkan pemerhatian visual dan bacaan yang menunjukkan peningkatan dalam aktiviti gunung berapi, paras amaran Gunung Ruang dinaikkan daripada tahap tiga kepada tahap empat,” kata Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan dalam satu kenyataan.
Tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan setakat semalam.
Bagaimanapun, lebih 800 orang dari dua perkampungan di Pulau Ruang telah dipindahkan ke lokasi berhampiran, Pulau Tagulandang yang terletak lebih 1.6 kilometer ke utara ibu kota wilayah Sulawesi Utara, Manado. – AGENSI
Berita berkaitan
July 5, 2024, 5:05 pm
Parti Buruh menang besar PRU UK, dijangka bentuk kerajaan hari ini
July 4, 2024, 12:10 pm
Demam Nil Barat serang Israel, ragut 11 nyawa, ratusan dijangkiti
July 3, 2024, 2:38 pm
Peraturan bekerja 6 hari seminggu mula dikuat kuasa
July 2, 2024, 12:26 pm
4 sekeluarga termasuk 3 budak hanyut dibawa kepala air, pengantin baru terselamat
June 28, 2024, 12:26 pm
Ibu ayah pukul anak hingga maut sebab tertumpahkan air, tanam mayat sebelah rumah
June 27, 2024, 12:32 pm
AS kembalikan AS$100 juta dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
June 24, 2024, 12:16 pm
Cuaca panas melampau, angka kematian jemaah haji musim ini cecah 1,300 orang
June 12, 2024, 4:20 pm
Lebih 1.5 juta umat Islam tiba di Arab Saudi untuk tunaikan haji
June 10, 2024, 11:00 am
Remaja rebah paru-paru pecah akibat hisap vape
June 9, 2024, 11:13 am