Berita Berita
Lelaki tahan sakit satu jam tersepit dalam lori kemalangan
ALOR SETAR 16 Okt - Seorang pemandu lori yang tersepit akibat kemalangan terpaksa menahan kesakitan selama hampir sejam dalam kejadian di Kilometer 42.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.25 pagi melibatkan sebuah lori yang dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan.
“Pemandu lori yang berusia 39 tahun didapati tersepit di tempat duduknya manakala kelindannya pula yang berusia lingkungan 30-an hanya mengalami kecederaan ringan.
“Anggota berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat dengan operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 7.32 pagi,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk menerima rawatan lanjut. – Media Telus
Berita berkaitan
December 21, 2024, 3:23 pm
Kerajaan teruskan pemberian penghargaan khas kepada pesara – PM
December 21, 2024, 3:09 pm
Kerajaan Persekutuan adil salur peruntukan ke negeri pembangkang – PM
December 21, 2024, 2:59 pm
JAIS henti sesi pengajaran sekolah agama di Serdang susulan kes pelajar maut
December 21, 2024, 11:30 am
Amaran ribut petir, hujan lebat dijangka landa Perak, Selangor, Sabah
December 21, 2024, 11:23 am
Penyanyi wanita ditahan miliki pil kuda di Sungai Golok alami kemurungan teruk
December 21, 2024, 11:15 am
Tol percuma pada 23, 24 Disember sempena Krismas
December 21, 2024, 11:08 am
UM buat laporan polis kes kematian ngeri kucing di kampus
December 21, 2024, 10:56 am
Anwar tegas kerajaan kekal komited pada agenda reformasi
December 20, 2024, 11:11 pm
Malaysia lanjut pengecualian visa warga India hingga 2026
December 20, 2024, 8:56 pm