Berita Berita
Ramanan jamin kaum India tidak akan dipinggirkan, ada berita baik menunggu dalam Belanjawan 2025
KUALA LUMPUR 16 Okt – Masyarakat India negara ini tidak akan dipinggirkan dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan, berkata masyarakat India akan menerima berita gembira dan penting menerusi pembentangan itu.
"Saya tidak risau langsung mengenai peruntukan bagi masyarakat India dalam Belanjawan 2025 kerana sepanjang tempoh lapan bulan kerajaan MADANI mentadbir, kita sudah menyerahkan RM136 juta khas untuk komuniti India.
"Tanpa restu Perdana Menteri, pastinya bantuan ini tidak dapat dinikmati oleh masyarakat India. Saya yakin Belanjawan 2025 akan membawa berita gembira untuk semua, khususnya apabila kerajaan berjaya mengurangkan hutang negara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan Deepavali Vanakam Madani di sini, malam tadi.
Mengenai bantuan itu, Ramanan berkata, sejumlah 10,300 masyarakat India daripada kumpulan B40 di seluruh negara akan menerima bakul makanan sempena Deepavali yang disambut hujung bulan ini.
Beliau sudah mengarahkan semua pihak di seluruh negara mengesan rakyat India dalam kumpulan B40 bagi memastikan mereka diberi bantuan.
"Kita mulakan di Sungai Buloh sebelum digerakkan ke seluruh negara.
"Bantuan diberi kepada rakyat B40 untuk meringankan bebanan dalam menyambut perayaan ini," katanya.
Berita berkaitan
December 21, 2024, 3:23 pm
Kerajaan teruskan pemberian penghargaan khas kepada pesara – PM
December 21, 2024, 3:09 pm
Kerajaan Persekutuan adil salur peruntukan ke negeri pembangkang – PM
December 21, 2024, 2:59 pm
JAIS henti sesi pengajaran sekolah agama di Serdang susulan kes pelajar maut
December 21, 2024, 11:30 am
Amaran ribut petir, hujan lebat dijangka landa Perak, Selangor, Sabah
December 21, 2024, 11:23 am
Penyanyi wanita ditahan miliki pil kuda di Sungai Golok alami kemurungan teruk
December 21, 2024, 11:15 am
Tol percuma pada 23, 24 Disember sempena Krismas
December 21, 2024, 11:08 am
UM buat laporan polis kes kematian ngeri kucing di kampus
December 21, 2024, 10:56 am
Anwar tegas kerajaan kekal komited pada agenda reformasi
December 20, 2024, 11:11 pm
Malaysia lanjut pengecualian visa warga India hingga 2026
December 20, 2024, 8:56 pm