Berita Berita
Warga emas maut kemalangan motosikal di Lebuhraya Salak
KUALA LUMPUR 16 Okt. - Seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuhraya Salak pada semalam sekitar pukul 8.45 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, memaklumkan bahawa kemalangan berlaku apabila mangsa dikatakan mengubah laluan sebelum dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita berusia 24 tahun.
“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” kata Mohd Zamzuri dalam satu kenyataan.
Kes kemalangan ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang melibatkan kesalahan memandu sehingga menyebabkan kematian. - Media Telus
Berita berkaitan
December 21, 2024, 3:23 pm
Kerajaan teruskan pemberian penghargaan khas kepada pesara – PM
December 21, 2024, 3:09 pm
Kerajaan Persekutuan adil salur peruntukan ke negeri pembangkang – PM
December 21, 2024, 2:59 pm
JAIS henti sesi pengajaran sekolah agama di Serdang susulan kes pelajar maut
December 21, 2024, 11:30 am
Amaran ribut petir, hujan lebat dijangka landa Perak, Selangor, Sabah
December 21, 2024, 11:23 am
Penyanyi wanita ditahan miliki pil kuda di Sungai Golok alami kemurungan teruk
December 21, 2024, 11:15 am
Tol percuma pada 23, 24 Disember sempena Krismas
December 21, 2024, 11:08 am
UM buat laporan polis kes kematian ngeri kucing di kampus
December 21, 2024, 10:56 am
Anwar tegas kerajaan kekal komited pada agenda reformasi
December 20, 2024, 11:11 pm
Malaysia lanjut pengecualian visa warga India hingga 2026
December 20, 2024, 8:56 pm