Berita Berita
Kerajaan perlu kaji semula Akta Haiwan Terbiar, beri peluang haiwan liar peluang hidup baharu - Sivakumar
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR, 14 Okt - Operasi bersepadu oleh Majlis Daerah Besut (MDB) yang menjalankan penangkapan dan pelupusan anjing liar di Bandar Jertih baru-baru ini dilihat telah mencetuskan kemarahan masyarakat negara ini.
Ini selepas seekor anjing liar, dikenali dengan nama manja Kopi, ditembak mati dalam operasi berkenaan sehingga menimbulkan persoalan mengenai kemanusiaan dan keperluan perubahan undang-undang haiwan terbiar.
Tindakan ini dilakukan oleh MDB dengan kerjasama Pejabat Veterinar Daerah Besut dan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera pada 6 September lalu.
Menurut Yang Dipertua MDB, Mohd Sukeri Ibrahim, operasi itu dilakukan selepas menerima 62 aduan mengenai gangguan anjing liar dari orang awam sepanjang Januari hingga September.
Bagaimanapun, tindakan MDB yang bertindak atas aduan awam untuk menangkap kira-kira 131 anjing liar di seluruh kawasan Besut mengundang kritikan.
Menurut Presiden dan Penaung Persatuan Dinamik Sinar Kasih, Datuk N Sivakumar, MDB sepatutnya menumpukan perhatian terhadap masalah yang lebih besar membabitkan gelajala sosial di kawasan berkenaan.
“MDB sepatutnya menangkap lebih ramai penagih dadah, mat rempit, penyeluk sudah pasti mengundang ancaman kepada rakyat berbanding haiwan yang tidak boleh meluahkan perasaan mereka.
“Daripada memikirkan cara untuk melupuskan binatang, lebih baik sumber tersebut digunakan untuk menangani gejala sosial di kawasan berkenaan,” katanya kepada Media Telus.
Sivakumar berkata, usaha dan sumber yang digunakan untuk menangkap dan melupuskan anjing liar sepatutnya dialihkan kepada menangani masalah sosial yang lebih mendesak.
Menurut Sivakumar lagi, terdapat keperluan untuk kerajaan persekutuan mentafsir semula akta berkaitan haiwan terbiar.
"Tiba masanya untuk kerajaan mentafsir semula akta dan peraturan untuk menangkap dan membela haiwan terbiar. Tidak sukar untuk memberikan perlindungan kepada haiwan terbiar dan menyerahkannya kepada orang awam yang bersedia memelihara mereka," katanya.
Perbandingan dibuat dengan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), di mana Malaysia telah bersetuju untuk tidak lagi menjalankan hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat.
"Manusia yang mampu meluahkan perasaan pun terkecuali daripada hukuman mati, inikan pula binatang yang tidak mampu berkomunikasi," katanya.
Sivakumar turut menyeru kerajaan untuk membincangkan isu ini dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung.
“Isu haiwan terbiar perlu diselesaikan segera, memandangkan sudah banyak anjing terbiar dibunuh secara kejam, menunjukkan bahawa manusia walaupun mampu berfikir, tidak menggunakan kecerdasan otak dalam hal ini,” katanya.
Beliau juga menekankan bahawa terdapat banyak penyelesaian tanpa perlu menyakiti mana-mana pihak seperti yang berlaku kepada Kopi.
"Fikir sebelum bertindak. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar sebelum bertindak. Banyak solusi yang ada tanpa menyakitkan mana-mana pihak," tegasnya.
Sivakumar turut menyeru lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut bersuara dalam isu ini supaya lebih banyak haiwan seperti Kopi dapat diselamatkan pada masa akan datang.
“Ini adalah masa untuk perubahan yang lebih berperikemanusiaan dalam pengurusan haiwan terbiar di Malaysia, dan kerjasama dari semua pihak adalah kunci untuk mencapai matlamat ini,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
December 21, 2024, 3:23 pm
Kerajaan teruskan pemberian penghargaan khas kepada pesara – PM
December 21, 2024, 3:09 pm
Kerajaan Persekutuan adil salur peruntukan ke negeri pembangkang – PM
December 21, 2024, 2:59 pm
JAIS henti sesi pengajaran sekolah agama di Serdang susulan kes pelajar maut
December 21, 2024, 11:30 am
Amaran ribut petir, hujan lebat dijangka landa Perak, Selangor, Sabah
December 21, 2024, 11:23 am
Penyanyi wanita ditahan miliki pil kuda di Sungai Golok alami kemurungan teruk
December 21, 2024, 11:15 am
Tol percuma pada 23, 24 Disember sempena Krismas
December 21, 2024, 11:08 am
UM buat laporan polis kes kematian ngeri kucing di kampus
December 21, 2024, 10:56 am
Anwar tegas kerajaan kekal komited pada agenda reformasi
December 20, 2024, 11:11 pm
Malaysia lanjut pengecualian visa warga India hingga 2026
December 20, 2024, 8:56 pm