Berita Jenayah
Norizan tiada rekod masalah mental, wujud elemen jenayah kemalangan maut 3 pelajar UiTM - Polis
KUALA TERENGGANU 15 Okt - Kemalangan mengorbankan nyawa tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun selepas dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu seorang wanita didapati mempunyai elemen jenayah.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin, berkata pihaknya mendapat arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa wanita terbabit mengikut Kanun Keseksaan (KK) berbanding Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata, terdapat beberapa faktor diambil kira menyebabkan wanita terbabit didakwa atas pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh, berbanding di bawah kesalahan trafik.
Selain itu, katanya, setakat ini tiada rekod kesihatan mengesahkan ibu kepada tiga anak berkenaan mengalami masalah mental setakat ini.
Terdahulu pagi tadi, Norizan Ismail, 49, didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 KK yang dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.
Dia juga didakwa mengikut Seksyen 307 (1) KK kerana cubaan membunuh yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai Johor Bharu.
"Biasanya apabila kejadian seperti ini, kita akan bawa pertuduhan mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987. Namun arahan AGC, suspek hendaklah dituduh mengikut Seksyen 302 KK.
"Ia dengan mengambil kira di tempat kejadian mungkin ada berlaku rempuhan yang mana suspek mungkin dalam keadaan sedar, tidak memberhentikan kenderaan telah menyeret mangsa sehingga melebihi 100 meter.
"Di mana unsur-unsur bunuh itu wujud atas kejadian tersebut, AGC berpendapat suspek hendaklah dituduh mengikut Seksyen 302 KK," katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, hari ini.
Mohd Khairi berkata, polis turut memanggil 11 saksi, termasuk yang melihat kejadian dan ahli keluarga wanita terbabit bagi membantu siasatan yang turut mendapati pemandu SUV itu tiada lesen memandu.
Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat berhenti membuat komen-komen negatif dan menyebarkan sebarang gambar serta video berkaitan insiden berkenaan untuk menjaga sensitiviti semua pihak.
Katanya, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan daripada keluarga suspek susulan kecaman yang diterima.
Kejadian di Jalan Pantai berhadapan UiTM di sini pada jam 7.35 malam 9 Oktober lalu, menyebabkan kematian Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am