Berita Jenayah
Surirumah didakwa bunuh tiga pelajar UiTM Dungun
DUNGUN 15 Okt – Seorang suri rumah dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan membunuh tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada minggu lalu.
Tertuduh, Norizan Ismail, 49, kelihatan keliru sepanjang berada di kandang tertuduh dan tiada pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.
Ibu tiga anak itu hanya memberitahu faham telah dituduh membunuh orang apabila ditanya jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20; dan Khairil Anwar Jamaludin, 20.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Pantai berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun di sini pada pukul 7.30 malam, 9 Oktober lalu.
Norizan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman hukuman mati atau penjara antara 30 tahun dan 40 tahun serta hukuman minimum 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Norizan menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bahru dalam tempoh sebulan.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Terengganu, Azizan Abdullah manakala tertuduh pula diwakili peguam, Nur Farahin Shazlin Mohd. Reduan Shah Edwin.
Norizan seterusnya dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu untuk didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan cubaan membunuh seorang lagi mangsa, Muhammad Ammar Danish Mohamad Ridhuan, 20.
Jumaat lalu melaporkan tiga pelajar UiTM maut manakala seorang cedera parah apabila dua motosikal dinaiki mereka dirempuh dari arah belakang oleh kenderaan utiliti sukan (SUK) Honda CR-V dipandu Norizan.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am