Berita Jenayah
Guru penolong kanan direman disyaki peluk, cium mulut budak 12 tahun
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
IPOH 14 Okt - Penolong kanan kokurikulum sebuah sekolah rendah di sini ditahan polis kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap murid perempuan berumur 12 tahun.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata guru lelaki berusia 37 tahun itu direman enam hari sehingga Khamis untuk siasatan lanjut selepas ditahan jam 3 pagi Sabtu lalu.
Katanya, polis sebelum itu menerima laporan dibuat ibu mangsa berumur 47 tahun pada jam 3 petang Jumaat lalu, selepas anak perempuannya memberitahu dipeluk dan dicium di mulut oleh suspek.
Katanya, suspek turut menghantar gambar tidak senonoh ke telefon bimbit mangsa.
"Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah mahupun rekod dadah sebelum ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Menurut Azizi, suspek yang belum berkahwin dan berkhidmat di sekolah itu sejak lapan bulan lalu, disyaki melakukan perbuatan itu beberapa kali sebelum ini terhadap mangsa sama.
"Setakat ini laporan diterima hanya membabitkan seorang mangsa dan kita sedang siasat jika ada mangsa lain. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh ketika mengesahkan kejadian berkenaan, memaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengambil tindakan sewajarnya.
Tindakan itu, katanya, diambil selepas KPM menerima laporan berhubung kes berkenaan dengan individu terbabit dalam kejadian itu sudah dipindahkan. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am