Berita Jenayah
(VIDEO) Imigresen serbu bangunan usang lokasi warga asing langgan pelacur di Klang
Oleh AZRUL RADI
Video MUHSIN DADAMEAH
KLANG 10 Okt. - Sekumpulan warga asing sanggup melampiaskan nafsu dengan melanggan pelacur yang menyediakan perkhidmatan di sebuah bangunan usang dalam keadaan busuk dan kotor.
Malah, ada pusat pelacuran yang turut beroperasi di sebalik kedai telekomunikasi untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Semua taktik itu bagaimanapun dibongkat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dalam serbuan yang bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu turut menyaksikan penahanan 30 wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai pelacur.
Premis ini dikatakan telah beroperasi selama hampir dua tahun.
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha, berkata serbuan dilakukan selepas risikan selama tiga bulan untuk membanteras aktiviti pelacuran melibatkan warga asing.
Beberapa individu cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam bilik, tandas, dan stor ketika serbuan dilakukan.
Menurut beliau, perkhidmatan yang ditawarkan di premis tersebut berharga antara RM50 hingga RM100, bergantung kepada jenis layanan. Bilik sewa yang digunakan oleh pelacur warga asing dikenakan bayaran antara RM500 hingga RM600.
Sebanyak 20 rumah yang dipercayai digunakan sebagai sarang pelacuran turut diserbu dalam operasi ini. Hasil risikan mendapati sekitar 40 wanita warga asing terlibat dalam aktiviti tersebut.
Pecahan PATI yang ditahan terdiri daripada 31 orang Indonesia, 16 dari Bangladesh, 8 dari India, dan masing-masing seorang dari Pakistan serta seorang tanpa kewarganegaraan.
Seramai 28 lelaki dan 30 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.
Semua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Johor. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am