Berita Jenayah
Polis tumpas 3 sindiket syabu bernilai RM25 juta dalam 3 hari
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
Vid: MOHSIN DADAMEAH
KUALA LUMPUR 9 Okt – Hasil kecekapan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan kontinjen Kuala Lumpur, satu sindiket dadah jenis syabu yang beroperasi di Lembah Klang berjaya ditumpaskan dianggarkan bernilai RM11.4 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pada 7 Oktober lalu pada jam 8 malam, pihaknya menyerbu sebuah premis di Kepong dan menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun dipercayai berperanan sebagai penjaga stok serta pengangkut dadah.
“Suspek ditahan ketika sedang memunggah guni dari bahagian belakang kereta jenis Ativa untuk dimasukkan ke dalam premis. Kita percaya premis ini digunakan sebagai stor penyimpanan dadah oleh sindiket tersebut,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Katanya lagi, pemeriksaan rapi ke atas kenderaan dan premis turut enemukan 350 paket dadah bertulisan "Apple Merah", yang mengandungi methamphetamine dengan anggaran berat 358 kilogram.
“Sebelum ini, modus operandi sindiket ini menggunakan bungkusan bertulisan "Wan Ying", tetapi kini mereka telah menukar kepada "Apple Merah" untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya.
Menurut Kok Chin, dadah tersebut berpotensi untuk digunakan oleh kira-kira 1.8 juta penagih dan mendapati premis tersebut baru sahaja disewa selama empat hari sebelum digunakan sebagai stor penyimpanan dadah.
“Siasatan lanjut mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak awal tahun 2024. Suspek yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan awal menunjukkan keputusan negatif untuk penggunaan dadah,” katanya.
Sementara dalam serbuan kedua, polis merampas dadah jenis syabu bernilai RM8.2 juta sekitar jam 10.30 malam di sebuah rumah dan menahan seorang lelaki dan dua wanita warga Thailand, berumur antara 22 hingga 24 tahun.
Dalam serbuan berkenaan, polis turut menemukan 125 tong putih di ruang tamu tingkat bawah menemukan 125 tong putih mengandungi dua bungkusan yang disyaki dadah syabu, menjadikan jumlah keseluruhan bungkusan adalah 250.
“Dadah tersebut telah dimampatkan dan disimpan dalam tong untuk mengelakkan daripada dikesan oleh pihak berkuasa. Pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa berat keseluruhan dadah yang dirampas adalah 256 kilogram, dengan anggaran nilai pasaran sebanyak RM8.2 juta.
“Modus operandi (MO) yang digunakan oleh sindiket ini adalah baru, di mana dadah-dadah tersebut dimasukkan ke dalam tong dan ditandakan. Kaedah ini jarang ditemui dan dipercayai bertujuan untuk penyeludupan ke luar negara,” katanya.
Katanya lagi, jika dadah ini hanya untuk kegunaan tempatan, proses menanda tidak diperlukan.
“Sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak awal tahun 2024. Ketiga-tiga suspek warga Thailand tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Pihak berkuasa telah menahan mereka untuk siasatan lanjut selama tujuh hari, bermula dari 8 hingga 14 Oktober,” katanya.
Manakala dalam serbuan ketiga, polis berjaya menagan dua lelaki tempatan di dalam sebuah kereta sebelum menemui dadah jenis syabu seberat 72 kilogram
Kok Chin berkata, seorang lagi suspek turut ditangkap di kawasan berhampiran yang kemudiannya membawa pihak polis ke sebuah kawasan tempat letak kereta di mana pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Prado menemukan 41 kilogram syabu dan 20 kilogram ketamin.
“Operasi ketiga ini melibatkan rampasan dadah yang besar, termasuk syabu, ketamin, heroin, dan pil ekstasi. Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM4.66 juta. Dadah ini dipercayai mampu digunakan oleh sekitar 670,000 orang penagih,” katanya.
Dalam sidang media tersebut, Kok Chin berkata operasi yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha berterusan Bukit Aman untuk membanteras kegiatan sindiket dadah yang beroperasi di dalam dan luar negara.
Kejayaan ini juga menunjukkan komitmen pasukan JSJN Bukit Aman dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. – Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am