Berita Jenayah
(VIDEO) Konon buka kebun bunga, rupanya proses, jual ketum sejak 2021 di Sungai Buloh
KUALA LUMPU 8 Okt. - Taktik pemilik sebuah syarikat landskap kebun bunga yang menggunakan premisnya sebagai tempat memproses dan menjual air ketum sejak 2021 akhirnya terbongkar apabila diserbu polis pada 3 Oktober lalu.
Bagi mengelakkan kegiatan haram mereka dikesan, urusan jual beli dilakukan secara tunai sahaja, tanpa membenarkan sebarang transaksi dalam talian atau melalui kod QR.
VIDEO MENYUSUL
Malah, pembeli air ketum tersebut dilaporkan menyamar sebagai pemandu e-hailing, selain menggunakan transporter untuk mengaburi kegiatan mereka.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata serbuan yang dilakukan pada jam 12.05 tengah hari itu oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor adalah hasil risikan selama dua bulan. Serbuan tersebut dijalankan di dua buah rumah di Kampung Melayu, Sungai Buloh.
"Semasa serbuan, polis merampas 1,100 botol air ketum dengan anggaran isipadu sebanyak 550,000 mililiter, serta 41 karton rokok seludup," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, hari ini.
Datuk Hussein menjelaskan bahawa suspek terdiri daripada pemilik syarikat landskap berusia 42 tahun dan pekerjanya yang berusia antara 21 hingga 42 tahun. Tiga daripada mereka yang ditahan termasuk seorang pekerja tempatan dan dua warga asing.
Menurutnya, berdasarkan risikan, suspek mampu menghasilkan 400 hingga 500 botol air ketum dalam satu sesi pemprosesan yang memakan masa antara dua hingga empat hari. Mereka juga menggunakan kaedah memasak semula air ketum untuk memastikan bekalan sentiasa ada.
"Harga jualan air ketum berbeza mengikut waktu, di mana ia dijual pada harga RM5 sebotol pada waktu siang, RM10 pada waktu malam, dan lebih mahal pada awal pagi," katanya.
Beliau turut mendedahkan bahawa bekalan daun ketum diperoleh dari Perak dalam jumlah sekitar 50 kilogram menggunakan lori, dengan keuntungan yang dianggarkan mencecah RM20,000 sebulan.
Hasil semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, namun kesemua yang ditahan didapati negatif dadah.
"Kesemua suspek telah direman selama seminggu, dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967," jelasnya. - Media Telus
Berita berkaitan
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, beras basmathi bernilai RM2.09 juta
November 27, 2024, 1:14 pm
Remaja 18 tahun antara 361 individu ditahan polis terbabit kegiatan Ah Long
November 27, 2024, 11:01 am
Polis tahan lelaki serang individu tegur bunyi bising ekzos
November 26, 2024, 4:24 pm
Remaja 15 tahun diculik, tujuh suspek ditahan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm