TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rider RXZ maut rempuh MPV berhenti di lorong kecemasan di Kerteh

By
|
Kongsi
image

KEMAMAN 6 Okt - Seorang peniaga menemui ajal apabila motosikal Yamaha RXZ ditunggangi merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berhenti di laluan kecemasan di Kilometer 322 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kerteh, di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 5.15 petang itu, mangsa, Abd. Razak Mohamed, 35, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Abd. Razak dikatakan dalam perjalanan ke Temerloh, Pahang dari rumahnya di Kampung Seberang Pintasan, Dungun.

“Motosikal dinaiki mangsa telah merempuh belakang sebuah MPV Kia Carnival yang berhenti di lorong kecemasan disebabkan mengalami kerosakan tayar.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini. 

+ - reset