TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Belanjawan 2025: Sabah tetap diberi keutamaan, ada 10 daerah termiskin

By
|
Kongsi
image

PUTATAN 6 Okt - Sabah dijamin terus diberi keutamaan khususnya dari segi pengagihan peruntukan menjelang pembentangan Belanjawan 2025 tidak lama lagi, susulan lapan daerah di negeri itu disenaraikan sebagai daerah termiskin di Malaysia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata keutamaan Kerajaan Persekutuan adalah untuk memastikan pembangunan dan pentadbiran seimbang berlaku di semua negeri termasuk Sabah.

Beliau berkata, tumpuan diberikan di Sabah kerana status lapan daerah termiskin itu iaitu Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.

Justeru, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited dalam usaha membasmi kemiskinan di negara ini khususnya Sabah.

"Bila ada jurang yang besar, dasar kerajaan ialah memastikan pembangunan perlu seimbang di semua wilayah dan pentadbiran.

"Perdana Menteri contohnya cukup mementingkan usaha untuk membasmi kemiskinan ini," katanya dalam laporan Berita Harian. 

Beliau berkata demikian selepas Konvensyen Kemas16 dan Pop25 Sabah di Hotel Pan Borneo, di sini, semalam.

Susulan itu, beliau berkata, keutamaan Kerajaan Persekutuan adalah menggerakkan program dan sumber khususnya peruntukan bagi mencapai usaha terbabit.

"Walau macam mana pun keadaannya, Sabah akan terus mendapat tempat paling utama dari segi perbelanjaan Persekutuan.

"Apa yang saya turut usahakan ialah apabila dana itu diperuntukkan, ia dilaksanakan dengan baik, program berjalan dengan baik dan hasilnya dapat dituai dengan baik," katanya.

Rafizi berkata, sekiranya peruntukan untuk program usaha terbabit tidak diselaraskan dan diuruskan secara baik, ia bakal menjejaskan rakyat di Sabah dengan masalah sedia ada di negeri ini.

+ - reset