TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anak Tam Spider kena buli, polis buka kertas siasatan

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

 

KUALA LUMPUR 6 Okt - Polis sudah membuka kertas siasatan kes buli membabitkan anak penyanyi kumpulan Spider, Rustam Mustafah dan pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata setakat hari ini, lima laporan polis sudah diterima pihaknya berkaitan isu itu.

"Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kita sudah merakam percakapan mangsa dan kes masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, penyanyi kumpulan Spider, Tam, 51, mendedahkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama, di sini.

Beliau kesal dengan pihak sekolah terbabit yang tidak peka dan gagal mengambil tindakan terhadap masalah buli di sekolah itu.

Susulan pendedahan Tam, beberapa orang ibu bapa di sekolah yang sama tampil mendedahkan perkara serupa. - Media Telus

+ - reset