Berita Ekonomi
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 17 April - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun tarikan dolar AS sebagai mata wang selamat kekal teguh dalam keadaan sentimen mengelakkan risiko yang melanda pasaran.
Menurut penganalisis, dolar AS turut menerima faktor sampingan berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah dengan memaklumkan bank pusat AS mungkin perlu mengekalkan kadar yang tinggi untuk tempoh lebih lama berikutan inflasi yang berterusan.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7905/7950 berbanding dolar AS daripada 4.7945/7970 semasa ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks dolar AS (DXY) terus meningkat kepada 106.342 mata berikutan jangkaan penurunan kadar.
"Kadar inflasi yang masih tinggi di samping pertumbuhan ekonomi yang kukuh di AS telah menyebabkan pasaran menilai semula jangkaan mereka terhadap pelonggaran monetari tahun ini,” katanya.
Beliau berkata, pendapatan bank utama AS turut mencatat prestasi baik pada suku pertama tahun ini berikutan perbelanjaan pengguna dan perniagaan yang kukuh.
Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata, unjuran terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan pertumbuhan ekonomi global akan kekal stabil pada 3.2 peratus pada 2024 dan 2025, namun mencetuskan kebimbangan mengenai perkembangan perlahan konsolidasi fiskal yang boleh memberi tekanan meningkat kepada inflasi.
"Secara keseluruhannya, ringgit akan stabil pada paras semasa dalam tempoh terdekat ini," katanya. - Bernama
#RINGGIT #DOLLAR #AS
Berita berkaitan
April 9, 2025, 11:43 am
Saham AS menjunam penangan kenaikan tarif 104 peratus terhadap China
April 8, 2025, 3:50 pm
BNM mungkin turunkan kadar OPR jika pertumbuhan ekonomi lemah – HLIB
April 4, 2025, 11:48 am
Bursa Malaysia dibuka rendah dipengaruhi ketidaktentuan global dan tarif AS
March 27, 2025, 1:21 pm
Rasionalisasi subsidi RON95 akan ada dua peringkat harga, salur guna MyKad - Amir Hamzah
March 12, 2025, 11:36 am
Diarah bayar lialibiti tertunggak, Sapura Energy dapat pelaburan RM1.1 bilion daripada kerajaan
March 7, 2025, 3:02 pm
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.00% sepanjang 2025
March 6, 2025, 3:15 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 3 peratus
March 3, 2025, 11:59 am
Lebih 4,500 tempahan, e.MAS 7 berjaya dominasi 25 peratus pasaran EV tempatan
February 28, 2025, 10:48 am
Genting Bhd dijangka catat kerugian RM22 juta bagi suku keempat tahun lalu
February 21, 2025, 12:15 pm