TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Paip bocor lagi, 118,000 pengguna di Seberang Perai Tengah, Selatan terjejas

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

BUTTERWORTH 6 Okt - Bekalan air untuk 118,000 pengguna terjejas di Seberang Perai Tengah dan Selatan yang sepatutnya disalurkan berperingkat mulai 10 malam tadi, terpaksa ditangguhkan kepada 12 tengah hari esok.

Ia susulan kebocoran baharu yang berlaku pada bahagian saluran paip utama sepanjang 1.2 meter di Jalan Pengkalan Tambang berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, di sini pada jam 8 malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan, berkata saluran paip itu pecah apabila kakitangan berusaha meminimumkan kebocoran dengan mengetatkan bolt.

"Bahagian saluran paip pecah ini sebahagian daripada saluran paip air terawat sepanjang 1.2m menuju bahagian saluran paip baharu yang disambungkan di hadapan Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh yang siap hari ini.

"Berikutan itu, PBAPP tidak dapat mengepam air dari LRA Sungai Dua ke Permatang Pauh tanpa membaiki bahagian saluran paip Jalan Pengkalan Tambang yang pecah.

"PBAPP menjadualkan semula normalisasi perkhidmatan bekalan air untuk 118,000 pengguna di Seberang Perai Tengah dan Selatan kepada jam 12 tengah hari esok," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Pathmanathan berkata, pihaknya memohon maaf atas kesulitan berlaku dan menegaskan kerja pembaikan kecemasan sedang dijalankan.

"Kita sedang berusaha dengan bekerja semalaman untuk membaiki saluran paip bocor itu," katanya. - Media Telus

 

+ - reset