Berita Berita
'Rakyat Malaysia baik hati' - Wanita Palestin mohon maaf, menyesal buat kecoh
KUALA LUMPUR 6 Okt - Wanita Palestin yang melakukan kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), baru-baru ini tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakannya.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perkara itu berlaku disebabkan rasa tertekan kerana sudah seminggu tidak dapat berhubung dengan anaknya yang masih berada di Gaza.
“Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya bersumpah kepada Tuhan, saya tidak buat dengan sengaja, kami sedang lalui situasi dan keadaan yang sangat sulit yang hanya Allah SWT sahaja tahu.
“Serius kamu (rakyat Malaysia) adalah orang baik, murah hati dan menghormati orang dan saya berterima kasih kerana menerima dan melayan kami dengan baik. Saya bersumpah dengan nama Allah SWT, kami mendapat apa yang terbaik. Apa yang saya cakap ini ikhlas dari hati saya,” katanya.
Wanita berkenaan merupakan antara 127 rakyat Palestin yang dibawa ke negara ini untuk mendapatkan rawatan akibat peperangan dengan rejim Zionis.
Terdahulu, baru-baru ini tular video memaparkan kekecohan dilakukan sekumpulan rakyat Palestin sehingga ada antara mereka bertindak kasar dengan membaling selipar ke arah salah seorang pegawai penguat kuasa selain merosakkan harta benda premis berkenaan.
Kejadian itu didakwa berlaku kerana kecewa selepas tidak diizinkan untuk menginap di luar WTKL.
Susulan kejadian itu, Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali turut memohon maaf berhubung insiden kekecohan tersebut. - Media Telus
Berita berkaitan
October 6, 2024, 8:13 pm
Ehsan Property tawar rumah berkualiti, rekaan inovatif baharu di Nilai
October 6, 2024, 2:42 pm
Rider RXZ maut rempuh MPV berhenti di lorong kecemasan di Kerteh
October 6, 2024, 1:46 pm
Belanjawan 2025: Sabah tetap diberi keutamaan, ada 10 daerah termiskin
October 6, 2024, 1:25 pm
Anwar tegur golongan elit obses 'speaking', pandang remeh bahasa Melayu
October 6, 2024, 12:51 pm
Anak Tam Spider kena buli, polis buka kertas siasatan
October 6, 2024, 12:43 pm
Paip bocor lagi, 118,000 pengguna di Seberang Perai Tengah, Selatan terjejas
October 6, 2024, 11:39 am
Anak OKU tikam bapa hingga maut, polis jumpa suspek maut tepi jalan dengan mulut berbuih
October 6, 2024, 11:16 am
Polis tangkap polis berhibur di kelab malam
October 5, 2024, 4:55 pm