Berita Berita
Polis tangkap polis berhibur di kelab malam
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 6 Okt - Ketua balai polis dan dua anggotanya yang ditahan berhibur di sebuah pusat hiburan di Taman Dutamas, Cheras di sini, awal pagi semalam, didapati positif dadah.
Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 37 hingga 57 tahun dan bertugas dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang itu ditukarkan serta-merta ke Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sementara menunggu hasil siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata tiga anggota polis terbabit adalah antara 14 individu yang ditahan dalam serbuan polis di pusat hiburan itu.
"Hasil pemeriksaan dan ujian saringan air kencing mendapati 14 orang ditahan itu positif dadah termasuk tiga anggota polis.
"Mereka ditahan reman dua hari hingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, media melaporkan polis menahan seorang ketua balai polis dan dua anggotanya yang berhibur di sebuah pusat hiburan.
Menurut sumber, serbuan dijalankan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Selangor selepas menerima maklumat.
Hussein berkata, satu siasatan tatatertib juga akan menyusul untuk tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Pegawai dan anggota dilarang berada di pusat hiburan kecuali atas urusan tugas.
"Tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah akan diambil ke atas mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar arahan termasuk terbabit penyalahgunaan dadah," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
October 6, 2024, 8:13 pm
Ehsan Property tawar rumah berkualiti, rekaan inovatif baharu di Nilai
October 6, 2024, 2:42 pm
Rider RXZ maut rempuh MPV berhenti di lorong kecemasan di Kerteh
October 6, 2024, 1:46 pm
Belanjawan 2025: Sabah tetap diberi keutamaan, ada 10 daerah termiskin
October 6, 2024, 1:25 pm
Anwar tegur golongan elit obses 'speaking', pandang remeh bahasa Melayu
October 6, 2024, 12:51 pm
Anak Tam Spider kena buli, polis buka kertas siasatan
October 6, 2024, 12:43 pm
Paip bocor lagi, 118,000 pengguna di Seberang Perai Tengah, Selatan terjejas
October 6, 2024, 12:24 pm
'Rakyat Malaysia baik hati' - Wanita Palestin mohon maaf, menyesal buat kecoh
October 6, 2024, 11:39 am
Anak OKU tikam bapa hingga maut, polis jumpa suspek maut tepi jalan dengan mulut berbuih
October 5, 2024, 4:55 pm