Berita Berita
Malaysia pertimbang ambil lebih ramai pekerja Bangladesh
DHAKA 5 Okt - Malaysia akan memberi pertimbangan utama kepada permohonan pekerja Bangladesh yang kehilangan peluang akibat perkembangan politik di negara mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan Bangladesh telah membuat rayuan kepada Malaysia berhubung kemungkinan menambah pengambilan pekerja dan golongan profesional dari negara berkenaan.
"Sudah pasti saya akan memberikan pertimbangan utama itu, sekurang-kurangnya pada fasa pertama, tertakluk pada semua syarat dipenuhi, perkara ini boleh dilaksanakan secepat mungkin," kata Anwar.
Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media bersama Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus selepas mengadakan pertemuan dua hala di sini, hari ini.
Anwar melakukan lawatan sehari dan ia yang pertama oleh ketua kerajaan asing sejak pembentukan kerajaan interim yang diketuai oleh Muhammad, pemenang hadiah Nobel.
Mengenai pelaburan, Anwar berkata kedua-dua negara perlu memberi tumpuan dan keutamaan kepada syarikat-syarikat pelaburan serta memastikan sebarang masalah ditangani dengan pantas dan secara telus.
"Di Malaysia, fokus kami ialah tadbir urus, antirasuah dan asas ekonomi, kami tidak berkompromi terhadap hal ini kerana kami tidak perlu mengaitkan pemimpin politik dengan pengumpulan kekayaan yang memanfaatkan diri, keluarga atau kroninya.
"Justeru, saya faham walaupun kami mahu syarikat Malaysia beroperasi di sini (Bangladesh) diberi pertimbangan sewajarnya, saya tidak akan berkompromi terhadap isu ketelusan dan usaha wajar dalam proses ini," kata beliau.
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga akan melihat kepada usaha meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, ekonomi halal dan industri semikonduktor.
"Kita boleh mempercepat rundingan dan aturan perdagangan, tetapi yang penting ialah mengadakan mesyuarat suruhanjaya bersama secepat mungkin," kata Anwar.
Sementara itu, Muhammad berkata Dhaka menantikan mesyuarat itu pada awal tahun depan untuk meningkatkan perdagangan dua hala.
"Bidang kerjasama masa depan boleh merangkumi kewangan termasuk dana kekayaan negara, dana pencen, dana ekuiti swasta, kesihatan, pendidikan, sains data dan AI (kecerdasan buatan)," kata Muhammad.
Berita berkaitan
October 5, 2024, 4:55 pm
Berjasa bukan lesen boleh sakau wang negara, rakyat - PM
October 5, 2024, 3:23 pm
Warga emas maut dipijak gajah dalam kebun di Terengganu
October 5, 2024, 11:33 am
Wanita Palestin tular buat kecoh akan dihantar pulang segera - Duta Palestin
October 5, 2024, 10:59 am
Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Bosnia Herzegovina
October 5, 2024, 10:40 am
Syarikat kini boleh tuntut bayaran latihan ikut kadar jam - HRD Corp
October 4, 2024, 2:52 pm
Dakwaan cikgu paling ramai ambil MC, ini jawapan Fadhlina
October 4, 2024, 2:30 pm
Ops Khas: JPJ keluar 8,701 saman dalam masa tiga hari
October 4, 2024, 1:56 pm
Ibu maut dalam perjalanan hantar anak masuk Uni, kereta dinaiki terbabas elak bangkai lembu
October 4, 2024, 1:05 pm