Berita Politik
(VIDEO) Dua jawatan tertinggi Bersatu menang tanpa bertanding

Oleh AZRUL RADI
Video MOHSIN DADAMEAH
KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Dua jawatan tertinggi dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk pemilihan bagi tempoh 2024-2027 telah dimenangi tanpa sebarang cabaran.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan Presiden parti manakala Datuk Seri Hamzah Zainudin pula berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden setelah tiada pencabar bagi kedua-dua posisi tersebut.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Saiful Adli Arshad, pengisytiharan rasmi bagi kemenangan tersebut hanya akan dibuat selepas selesainya persidangan bahagian pada 2 November akan datang.
Selain itu, jawatan Ketua Srikandi turut dimenangi oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, selepas bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd Harun, menarik diri daripada bertanding.
"Bagi jawatan Naib Ketua Srikandi Malaysia, hanya satu calon yang layak bertanding iaitu Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dari Bahagian Kampar," jelasnya.
Saiful Adli berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini dan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Bagi jawatan Naib Presiden, sebanyak enam calon disahkan bertanding, termasuk Ahmad Faizal sendiri.
Turut bertanding ialah A'ziss Zainal Abiddin (Batu Kawan), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Dr Radzi Jidin (Putrajaya), Datuk Razali Idris (Marang), dan Mohd Rafiq Abdullah (Sungai Buloh).
Sebanyak 80 calon pula disahkan layak bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), dengan 20 jawatan akan diisi. Dalam pada itu, untuk jawatan Ketua Armada Malaysia, dua calon yang bertanding ialah Muhammad Hilman Idham (Gombak) dan Akmal Zahin Zainal Abidin (Seputeh).
Saiful Adli turut memaklumkan bahawa sebanyak 276 borang pencalonan telah diterima pada 21 September lalu, melibatkan pelbagai jawatan di peringkat nasional termasuk Majlis Pimpinan Tertinggi, Jawatankuasa Srikandi, Armada, Srikandi Muda, dan Sayap Bersekutu Malaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
April 16, 2025, 11:50 am
UMNO sanggah tuduhan PN, tegaskan kerjasama Dengan DAP demi titah Agong
April 16, 2025, 9:45 am
PRK Ayer Kuning: Jangan guna modal fitnah nak menang pilihan raya - Mat Sabu
April 14, 2025, 12:21 pm
Aminuddin Harun kekal Ketua Cabang PKR Port Dickson
April 13, 2025, 3:26 pm
Rafizi, Amirudin kekal Ketua Cabang PKR di kawasan masing-masing
April 11, 2025, 1:05 pm
Ahli PKR tegur mufti, minta jangan politikkan isu penguatkuasaan
April 10, 2025, 1:15 pm
MP Bukit Bendera kecam permintaan PAS Pulau Pinang batalkan sambutan Songkran hujung minggu ini
April 9, 2025, 8:07 am
PN umum calon anak jati rebut kerusi di PRK DUN Ayer Kuning
April 8, 2025, 10:38 am
Amanah siap sedia bantu calon Kerajaan Perpaduan menang di PRK Ayer Kuning
April 7, 2025, 5:00 pm
Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir taruhan BN di PRK DUN Ayer Kuning
April 7, 2025, 11:20 am