Berita Dunia
AS rekod kes baharu selesema burung H5 libatkan manusia di California

LOS ANGELES 4 Okt - Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengesahkan dua kes jangkitan selesema burung H5 dalam kalangan manusia di California pada Khamis, lapor Xinhua.
CDC memaklumkan bahawa siasatan oleh pihak berkuasa California masih berlangsung.
Pada masa ini, tiada kaitan atau hubungan ditemukan antara kedua-dua kes di California, menunjukkan bahawa ini adalah kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
CDC terus bekerjasama rapat dengan pegawai kesihatan awam di California dan negeri lain bagi mengawal penyebaran H5N1 daripada haiwan yang dijangkiti kepada manusia.
Tahun ini, selesema burung H5N1 dikesan buat kali pertama pada lembu di Amerika Syarikat.
Virus ini tersebar meluas dalam kalangan burung liar dan mencetuskan wabak dalam kalangan haiwan ternakan di negara itu sejak 2022.
Ia juga menyebabkan jangkitan sporadik yang jarang berlaku pada individu yang bekerja dengan haiwan dijangkiti.
Sehingga kini, 16 kes jangkitan H5 melibatkan manusia telah dilaporkan di Amerika Syarikat pada 2024.
Berita berkaitan
April 10, 2025, 7:56 am
Trump tangguh tarif timbal balik ke atas lebih 75 negara selama 90 hari
April 8, 2025, 12:29 pm
Gempa bumi sederhana landa Utara Sumatera
April 6, 2025, 1:36 pm
Ribuan rakyat AS mulakan protes tolak dasar Trump, desak pertahankan demokrasi
April 3, 2025, 9:55 am
AS kenakan tarif timbal balik baharu, Malaysia terlibat
March 30, 2025, 10:22 am
Arab Saudi sambut Aidilfitri hari ini
March 28, 2025, 3:59 pm
Bangunan pencakar langit runtuh, gempa bumi kuat gegar Thailand
March 10, 2025, 6:22 pm
Mark Carney Perdana Menteri Kanada yang baharu
March 4, 2025, 10:57 am
31 maut termasuk budak 3 tahun, bas bertembung dengan trak
February 24, 2025, 1:17 pm
China temukan koronavirus baharu, bawaan daripada kelawar
February 24, 2025, 9:29 am