TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dakwaan cikgu paling ramai ambil MC, ini jawapan Fadhlina

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

KUALA LUMPUR 4 Okt - Dakwaan mengaitkan guru sebagai penjawat awam yang paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) adalah tidak bertanggungjawab.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dakwaan sedemikian telah menimbulkan persepsi negatif terhadap profesion perguruan dan isu tersebut tidak sepatutnya berbangkit.

“Tatakelola penjawat awam sentiasa diberi perhatian bagi memastikan prestasi perkhidmatan terbaik untuk masyarakat.

Kementerian Pendidikan (KPM) juga mempunyai peraturan yang jelas bagi menangani isu tatatertib penjawat awam, katanya dalam kenyataan hari ini.

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebelum ini mendakwa bahawa golongan guru adalah kumpulan penjawat awam paling ramai terbabit dalam salah laku memalsukan MC.

Cuepacs juga dilapor mendakwa kira-kira 1 peratus hingga 2 peratus daripada 10,000 penjawat awam dikenal pasti memberi MC palsu, selain menggunakan cuti kecemasan semata-mata mahu melanjutkan tempoh bercuti.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Fouzi Singon turut membidas dakwaan itu yang dianggap mempertikaikan profesionalisme 450,000 guru.

Selain itu, Fadhlina berkata, kementerian sentiasa melakukan pemantauan di setiap peringkat dan penjawat awam yang terlibat dalam sebarang salah laku akan dikenakan tindakan.

“Ketika ini terdapat lebih 400,000 guru di seluruh negara yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti. 

Kerajaan Madani juga menghargai peranan penting guru dalam membangunkan negara selain melaksanakan pelbagai usaha untuk memelihara kesejahteraan warga pendidik, katanya. - Media Telus

+ - reset